awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian anjing laut Caspian di Kazakhstan meningkat kepada 300

Bernama
Bernama
30/10/2024
10:11 MYT
Angka kematian anjing laut Caspian di Kazakhstan meningkat kepada 300
Penemuan anjing laut Caspian yang mati dan terdampar sudah menjadi rentetan kejadian yang memilukan di Laut Caspian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Reuters
MANGISTAU: Bilangan anjing laut yang ditemukan mati di luar pantai Laut Caspian di wilayah Mangistau, Kazakhstan telah meningkat kepada sekitar 300 daripada kiraan awal lebih 150 ekor.
Menurut Agensi Berita Kazinform, sebanyak 289 bangkai anjing laut Caspian ditemukan dari 24 hingga 29 Okt hasil pemantauan yang dijalankan oleh badan jemaah pemeriksa lembangan antara wilayah Zhaiyk-Caspian dalam perikanan bersama kakitangan Institut Hidrobiologi dan Ekologi.
Pemangku ketua badan jemaah pemeriksa perikanan wilayah Mangistau, Andrei Rudskiy berkata pemantauan masih diteruskan.
Menurut beliau, punca kematian anjing laut itu akan diketahui selepas ujian makmal.
Terdahulu dilaporkan bahawa lebih 150 bangkai anjing laut ditemukan di sepanjang pantai Caspian di wilayah Mangistau akibat angin ribut barat pada 23 Okt.
Sebelum ini juga dilaporkan bahawa 40 bangkai anjing laut Caspian ditemukan terdampar di pantai Laut Caspian di wilayah Mangistau pada Mac dan hampir 80 pada April tahun ini.
Ahli ekologi Adilbek Kozybakov menyuarakan kebimbangan terhadap kematian besar-besaran anjing laut Caspian, mengaitkannya dengan kekurangan kawalan sebenar.
Untuk rekod, negara itu telah menyenaraikan anjing laut Caspian ke dalam buku spesies terancamnya pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing laut caspian
#kematian besar-besaran
#Kazakhstan
#ekologi
#spesies terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan