awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan

Bernama
Bernama
22/12/2024
20:20 MYT
Angka kematian di Gaza lebih 45,250 di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan
Israel meneruskan perang genosid di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa gencatan senjata segera. - Gambar fail/REUTERS
ANKARA: Sekurang-kurangnya 32 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas kepada 45,259, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan di enklaf itu pada Ahad.
Satu kenyataan kementerian menambah bahawa kira-kira 107,627 yang lain cedera dalam serangan yang berterusan itu.
"Tentera Israel membunuh 32 orang dan mencederakan 54 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas," menurut kementerian itu.
"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat menghadapi kekangan," tambahnya.
Israel meneruskan perang genosid di Semenanjung Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa gencatan senjata segera.
Tahun kedua pembunuhan beramai-ramai di Gaza mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi melabelkan serangan dan menyekat penghantaran bantuan sebagai percubaan yang disengajakan untuk memusnahkan penduduk.
Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana perang mautnya ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#angka kematian
#Palestin
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan