awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian di Gaza melebihi 45,000 di tengah-tengah serangan genosid Israel

Bernama
Bernama
16/12/2024
13:35 MYT
Angka kematian di Gaza melebihi 45,000 di tengah-tengah serangan genosid Israel
Kementerian Kesihatan Palestin memberitahu bahawa seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan. - Reuters
ANKARA: Sekurang-kurangnya 52 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak tahun lepas mencecah 45,028, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.
Menurut kenyataan kementerian itu bahawa seramai 106,962 orang lagi cedera dalam serangan yang berterusan.
“Pasukan Israel membunuh 52 orang dan mencederakan 203 yang lain dalam tujuh pembunuhan keluarga dalam tempoh 24 jam yang lepas,” menurut kementerian itu.
“Ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” katanya.
Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza berterusan meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera.
Tahun kedua genosid di Gaza ini semakin mendapat kecaman antarabangsa yang semakin meningkat, dengan pegawai dan institusi menyifatkan serangan dan sekatan penghantaran bantuan kemanusiaan sebagai percubaan sengaja untuk memusnahkan penduduknya.
Pada bulan lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berhadapan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berikutan serangan yang dilancarkan ke atas Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#genosid
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan