Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera

Bernama
Februari 19, 2024 14:10 MYT
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat. - AP
ISTANBUL: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, meningkat kepada 29,092 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikepung pada Isnin.
Sejumlah 69,028 lagi cedera dalam serangan berterusan itu, lapor Agensi Anadolu.
"Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat," katanya.
Peperangan Israel ke atas Gaza menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu terpaksa berpindah, di tengah-tengah krisis kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut PBB.
-- BERNAMA
#Gaza #mangsa korban #cedera #serangan #Israel #syahid #Palestin