KHARTOUM: Angka kematian akibat pertempuran berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan mencecah 83, manakala 1,126 lagi cedera, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
WHO dalam satu kenyataan menggesa pihak yang terlibat supaya menghormati kesaksamaan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjamin akses tanpa had kepada kemudahan penjagaan kesihatan ke atas mereka yang cedera dalam konflik.
Dua ahli keluarga Menteri Galian Sudan Mohamed Bashir terbunuh apabila roket mengenai rumahnya di ibu negara Khartoum semasa pertempuran itu, lapor Agensi Anadolu.
Tiga lagi cedera, termasuk dua pengawal peribadi. Bashir bagaimapun terselamat.
Pada Sabtu, bangunan Kementerian Mineral turut menjadi sasaran.
Sementara itu, Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dalam satu kenyataan berkata, RSF menyasarkan beberapa bangunan di ibu pejabat tentera di ibu negara dan melakukan serangan dengan penembak tepat.
Sambil menggesa anggota RSF segera menyertai tentera untuk berkhidmat kepada negara, beliau berkata: "Kami tahu bahawa ahli RSF yang pernah berkhidmat kepada negara sebelum ini tidak akan menjadi alat untuk memenuhi matlamat dan agenda seseorang. Negara masih memerlukan sokongan anda."
Keadaan itu akan diselesaikan tidak lama lagi, katanya.
Perselisihan antara tentera dan RSF mengenai pembaharuan keselamatan tentera, yang bermatlamat "menyerap sepenuhnya RSF ke dalam tentera" bertukar menjadi konflik panas dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Pertikaian yang berkisar kepada cadangan peralihan kepada pemerintahan awam itu meletus pada Khamis apabila tentera mendakwa pergerakan RSF baru-baru ini dilakukan tanpa penyelarasan dan menyalahi undang-undang.
Sudan tidak mempunyai kerajaan sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, tindakan yang dikecam oleh kumpulan politik sebagai "rampasan kuasa".
Tempoh peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019 dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Angka kematian akibat pertempuran berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan mencecah 83, manakala 1,126 lagi cedera. -Gambar fail/AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Angka kematian di Sudan meningkat kepada 83
WHO menggesa pihak terlibat supaya menghormati kesaksamaan dalam penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan dan menjamin akses tanpa had.
Pemimpin Afrika Timur gesa gencatan senjata di Sudan
Para pemimpin berkenaan memutuskan untuk menghantar presiden Kiir, Ruto dan Guelleh untuk mendamaikan kumpulan yang berkonflik secepat mungkin.
Organisasi antarabangsa, negara seru keganasan di Sudan dihentikan
PBB menyeru para pemimpin untuk segera menghentikan permusuhan, memulihkan keamanan dan memulakan dialog untuk menyelesaikan krisis semasa.
Pertempuran tentera Sudan, RSF berlanjutan, pesawat Saudi Airlines, PBB rosak
Konflik antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) berlanjutan hingga Sabtu malam di ibu negara Khartoum, mencetuskan kebimbangan terhadap konflik yang lebih meruncing di negara itu.