Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang

Bernama
Oktober 1, 2023 21:15 MYT
Keadaan di salah sebuah kelab malam susulan kejadian kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa di Murcia, Sepanyol, 1 Okt 2023. (Foto AP)
MADRID: Angka kematian dalam kebakaran kelab malam di bandar Murcia, Sepanyol meningkat kepada 13 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut perkhidmatan kecemasan, tiga kelab malam terlibat dalam kebakaran itu.
Kebakaran bermula dari satu daripada kelab berkenaan pada 6 pagi (0400 GMT) dan api marak dengan pantas ke premis lain.
Datuk Bandar Murcia Jose Ballestano mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.
Punca kebakaran masih disiasat.
13 maut dalam kebakaran kelab malam di Sepanyol
-- BERNAMA
#kebakaran #kelab malam #sepanyol #berkabung