awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian letupan paip minyak di Mexico meningkat kepada 89 orang

Bernama
Bernama
22/01/2019
01:46 MYT
Angka kematian letupan paip minyak di Mexico meningkat kepada 89 orang
Tanah di mana saluran paip minyak meletup kelihatan terbakar, di Tlahuelilpan, Hidalgo, Mexico, 19 Jan, 2019. (Foto AP)
Angka kematian dalam insiden letupan akibat kebocoran saluran paip minyak di Tlahuelilpan, Hidalgo yang terletak di Mexico Tengah telah meningkat kepada 89 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan pada Isnin.
Angka korban dalam insiden letupan pada Jumaat malam itu semakin meningkat kerana beberapa mangsa yang cedera parah telah meninggal dunia akibat kecederaan mereka.
"Malangnya, empat lagi telah meninggal dunia, menyaksikan peningkatan kepada jumlah 85 orang yang sebelum ini diumumkan. Hari ini, jumlah kematian ialah 89 orang," kata Menteri Kesihatan Jorge Alcocer kepada pemberita dalam sidang akhbar harian kerajaan.
Sejumlah 65 orang masih hilang manakala 51 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Mexico Tengah.
Dua remaja yang cedera telah dibawa ke bandar Galveston, Texas di Amerika Syarikat untuk menerima rawatan khusus bagi luka terbakar.
BACA: Letupan paip minyak di Mexico, 66 terkorban
Sementara itu, Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador menekankan fakta bahawa tragedi tersebut berlaku disebabkan kegiatan mencuri minyak, satu jenayah biasa yang cuba dihapuskan oleh kerajaannya.
"Tragedi ini sudah tentu boleh dielak jika tiada rasuah di Mexico atau kegiatan mencuri minyak," kata beliau.
Kerajaan akan mempertingkat pengawasan di sepanjang rangkaian saluran paip yang dimiliki dan dikendali oleh syarikat minyak negara Petroleos Mexicanos (Pemex) bagi mengekang kegiatan haram itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Andres Manuel Lopez Obrador
#cedera
#curi minyak
#Hidalgo
#jenayah
#letupan
#mangsa
#meninggal dunia
#Mexico
#paip minyak
#Tlahuelilpan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan