awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian pergolakan di Sudan hampiri 100 orang

Bernama
Bernama
17/04/2023
09:44 MYT
Angka kematian pergolakan di Sudan hampiri 100 orang
Pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum yang memasuki hari ketiga menyaksikan angka kematian meningkat kepada 97 orang. -Reuters
KHARTOUM: Pertempuran di ibu negara Sudan, Khartoum yang memasuki hari ketiga menyaksikan angka kematian meningkat kepada 97 orang, menurut kesatuan doktor Sudan dalam satu kenyataan awal Isnin, lapor Xinhua.
Beratus-ratus orang awam cedera dalam keganasan itu, tambah kenyataan itu.
Situasi tegang di Sudan mencetuskan kebimbangan meluas dalam masyarakat antarabangsa, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Afrika, Liga Arab dan organisasi antarabangsa lain menggesa gencatan senjata segera oleh kedua-dua pihak.
Pertempuran ganas meletus pada Sabtu antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bandar-bandar lain, dengan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain sehingga mencetuskan konflik.
Ketegangan antara kedua-dua pasukan tentera itu semakin memuncak sejak Rabu di wilayah Merowe di utara Sudan, selepas RSF membawa kenderaan tentera ke lokasi berhampiran pangkalan udara tentera di sana yang dianggap tidak sah oleh tentera.
Perbezaan pendapat berlaku antara tentera Sudan dan RSF, terutama mengenai integrasi kedua-duanya ke dalam tentera seperti yang ditetapkan dalam perjanjian rangka kerja yang ditandatangani antara pemimpin tentera dan awam pada 5 Dis 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#kesatuan doktor Sudan
#krisis di Sudan
#saf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan