awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 62,004 orang

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2025
23:45 MYT
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 62,004 orang
Dalam tempoh 24 jam terakhir sahaja, sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam serangan berterusan oleh tentera Israel. - Foto fail
GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa jumlah kematian akibat perang selama 22 bulan di Gaza kini mencecah 62,004 orang, menjadikannya antara konflik paling dahsyat dalam sejarah moden wilayah itu.

Ringkasan AI
  • Angka kematian rakyat Palestin di Gaza kini mencecah 62,004 orang, dengan lebih 156,000 cedera sejak perang bermula 22 bulan lalu.
  • Seramai 1,965 mangsa dilaporkan terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan; tujuh lagi maut pagi Isnin ketika mengakses makanan dan ubat.
  • PBB anggap data Gaza sebagai paling boleh dipercayai, namun Israel tolak angka rasmi dan belum kemuka alternatif; rundingan gencatan senjata 60 hari sedang digiatkan.

Dalam tempoh 24 jam terakhir sahaja, sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam serangan berterusan oleh tentera Israel.
Jumlah mangsa cedera turut meningkat kepada 156,230 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang dilaporkan membentuk hampir separuh daripada angka korban keseluruhan.
Kementerian Kesihatan turut mendedahkan bahawa seramai 1,965 rakyat Palestin terbunuh ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan atau berada berhampiran lokasi pengagihan bantuan.
Pada pagi Isnin, tujuh lagi mangsa dilaporkan terbunuh ketika cuba mengakses bantuan makanan dan ubat-ubatan.
Walaupun angka rasmi ini tidak membezakan antara orang awam dan pejuang bersenjata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pakar bebas menganggap statistik Kementerian Kesihatan Palestin sebagai sumber paling boleh dipercayai dalam menilai kesan kemanusiaan konflik.
Israel bagaimanapun menolak angka tersebut dan belum mengemukakan data alternatif sendiri.
Insiden terbaru ini berlaku ketika para perantara dari Mesir dan Qatar giat berusaha menghidupkan semula cadangan gencatan senjata selama 60 hari yang turut melibatkan rundingan damai dan pembebasan tebusan.
Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, menyatakan bahawa usaha diplomatik sedang dipergiat bersama Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa, di sempadan Rafah.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#angka korban
#Israel
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan