DUNIA
Angka kematian runtuhan sekolah agama di Indonesia meningkat kepada 61
Bangunan empat tingkat itu runtuh ketika kerja konkrit dijalankan di tingkat atas, dan kegagalan struktur bangunan dikenal pasti sebagai punca utama kejadian. - Gambar/ AP
JAKARTA: Angka kematian akibat runtuhan bangunan di Sekolah Pondok Al Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur meningkat kepada 61 orang.
Ringkasan AI
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa tujuh bahagian tubuh mangsa telah dihantar kepada pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI).
Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan berkata dalam sidang media pada Selasa bahawa rekod kehadiran menunjukkan dua pelajar masih belum ditemukan dan dipercayai mungkin antara mangsa yang telah dijumpai.
"Kawasan berkenaan kini telah diratakan dan kemungkinan tiada lagi mayat yang berada di sana," katanya.
Budi menjelaskan bahawa daripada 167 orang yang terlibat dalam insiden itu, 104 berjaya diselamatkan.
Daripada jumlah itu, empat mangsa telah menerima rawatan, 99 masih dirawat di hospital, seorang tidak memerlukan rawatan, manakala dua pelajar masih belum ditemukan.
Bangunan empat tingkat itu runtuh pada petang Isnin lalu ketika pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, mengakibatkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak berkuasa menyatakan kegagalan struktur bangunan dipercayai menjadi punca utama kejadian.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Angka kematian meningkat kepada 61 orang, dengan dua pelajar masih belum ditemukan dan tujuh bahagian tubuh mangsa dihantar kepada pasukan DVI untuk pengecaman.
- Daripada 167 individu terlibat, 104 berjaya diselamatkan, termasuk 99 yang masih dirawat di hospital, manakala kawasan runtuhan telah diratakan dan tiada lagi mayat dijangka ditemui.
- Bangunan empat tingkat runtuh ketika kerja konkrit dijalankan di tingkat atas, dan kegagalan struktur bangunan dikenal pasti sebagai punca utama kejadian.