awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban akibat gempa bumi di China mencecah 367 nyawa

Agensi
Agensi
04/08/2014
00:19 MYT
Angka korban akibat gempa bumi di China mencecah 367 nyawa
Angka korban dijangka akan terus meningkat - AP Photo/Xinhua/Hu Chao
Angka korban akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Zhaotong di Yunnan China pada Ahad kini meningkat kepada 367 orang dengan lebih 2,000 lagi mengalami kecederaan.
Operasi menyelamat besar-besaran kini dilancarkan apabila gempa turut meranapkan ratusan kediaman dan bangunan.
Menurut laporan Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) gempa sekuat 6.1 pada skala richter itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer sekitar 4.30 petang waktu tempatan.
Gempa Bumi
Gempa Bumi
(AP Photo / Xinhua, Zhang Guangyu)
“Terlalu banyak bangunan yang musnah dan kami sedang mendapatkan data berkaitan kematian dan kecederaan,” menurut seorang pegawai kerajaan di bandar Longtoushan yang menjadi pusat bencana itu.
Sementara itu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon melahirkan rasa simpatinya kpada kerajaan China dan keluarga mangsa yang terlibat.
Ki Moon turut melahirkan kesediaan PBB untuk menghulurkan bantuan antarabangsa sekiranya diperlukan.
Gempa bumi
Gempa bumi
(AP Photo / Xinhua, Zhang Guangyu)
Menurut laporan pihak berkuasa sebahagian besar mereka yang terkorban adalah seramai 357 di wilayah Zhaotong manakala 10 yang lain adalah di bandar Qujing.
Satu lagi gegaran susulan dengan magnitud 4.1 dicatatkan dua jam kemudian. Ia dikesan kira-kira 18 kilometer dari bandar Zhaotong.
Hujan lebat turut menyukarkan lagi usaha menyelamat mangsa yang masih hidup.
Topic Berkaitan
#bergunung-ganang
#China
#gegaran
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan