DUNIA
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Operasi mencari dan menyelamat telah tamat, dengan 14 individu maut dalam kejadian itu manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan. - Gambar AP
ISTANBUL: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman di Bandar Tripoli, utara Lubnan meningkat kepada 14 orang, menurut pihak berkuasa pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Ketua Pengarah Pertahanan Awam negara itu, Mejar Jeneral Imad Khreiss berkata, operasi mencari dan menyelamat telah tamat, dengan 14 individu maut dalam kejadian itu manakala lapan yang lain berjaya diselamatkan, lapor Agensi Berita Nasional kendalian kerajaan.
Pihak berkuasa berkata, sebuah bangunan bertingkat runtuh pada Ahad di kejiranan al-Tabbaneh, Tripoli.
Kawasan berkenaan merupakan antara kawasan termiskin di bandar itu dengan kejadian bangunan runtuh sering berlaku disebabkan infrastruktur yang daif.
Pada Isnin, Presiden Lubnan, Joseph Aoun mengkritik pihak berkuasa tempatan kerana gagal mengambil "langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian bangunan runtuh dan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah."
Bulan lepas, dua orang terkorban manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah bangunan kediaman runtuh di bandar yang sama.
-- BERNAMA