Skip to main content

Dunia

Angka korban banjir di Assam meningkat kepada 82

Cars partially submerged in muddy floodwater after a severe flood hit in Sivasagar, Assam, India, July 25, 2026. REUTERS/Hafiz Ahmed
Kenderaan tenggelam dalam banjir lumpur susulan banjir besar melanda Sivasagar, Assam, India, 25 Julai 2026. REUTERS
Advertisement

NEW DELHI: Angka korban akibat banjir yang melanda negeri Assam di timur laut India meningkat kepada 82 orang, manakala dua lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Sabtu, lapor Xinhua.

Ketua Menteri Assam Himanta Biswa Sarma berkata daerah Sivasagar mencatatkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 42 orang, diikuti daerah Charaideo dan Jorhat dengan masing-masing 21 dan sembilan kematian.

Menurut Sarma, banjir itu menjejaskan 2,251 kampung dan lebih 1.1 juta penduduk di seluruh negeri.

Banjir berkenaan memusnahkan sepenuhnya 2,530 rumah, manakala 9,668 lagi mengalami kerosakan sebahagian.

Pihak berkuasa telah membuka 218 pusat perlindungan sementara yang kini menempatkan 71,889 mangsa.

Selain itu, sebanyak 1,811 pusat agihan bantuan turut dibuka di daerah yang terjejas.

"Operasi bantuan terus dipertingkatkan di seluruh negeri, dengan jumlah pusat agihan bantuan kini meningkat kepada 1,811," kata Sarma.

"Segala usaha kini tertumpu kepada bantuan, pemulihan dan usaha mengembalikan keadaan seperti biasa."

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement