Skip to main content

Dunia

Angka korban banjir kilat di China meningkat kepada 25 orang

Rescue workers carry out search and rescue operations following flash floods at a scenic area in Weiyuan county, Dingxi city, Gansu province, China July 26, 2026. cnsphoto via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. CHINA OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN CHINA
Petugas penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat susulan kejadian banjir kilat di sebuah kawasan rekreasi di Daerah Weiyuan, Bandar Dingxi, Wilayah Gansu, China. - Foto REUTERS
Advertisement

SHENZHEN: Seramai 25 orang disahkan terkorban susulan banjir kilat di sebuah kawasan pelancongan di barat laut China kira-kira seminggu lepas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kementerian Pengurusan Kecemasan China memaklumkan pada Ahad  bahawa seramai 23 lagi mangsa mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa pada awalnya melaporkan 10 kematian.

Kejadian banjir itu berlaku pada 26 Julai di Daerah Weiyuan, Wilayah Gansu.

Limpahan air deras melanda sebuah lembah yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berkhemah berikutan hujan lebat.

Lumpur yang ditinggalkan memenuhi kawasan itu bersama pokok-pokok tumbang dan kenderaan yang rosak, selain merosakkan laluan jalan raya.

Seramai 174 orang berjaya diselamatkan dalam operasi berkenaan.

Taburan hujan yang tinggi adalah perkara biasa di beberapa bahagian di China pada Julai dan Ogos.

Di kawasan tanah tinggi terutamanya, hujan lebat boleh menyebabkan paras air anak sungai dan sungai meningkat dengan pantas, sekali gus mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh atau banjir lumpur.

Sementara itu di ibu negara Beijing, pihak berkuasa pada Ahad mengeluarkan amaran cuaca buruk berterusan dengan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku.

Amaran turut dikeluarkan membabitkan risiko banjir kilat, banjir dan tanah runtuh.

Pada pertengahan Julai lepas, seramai 51 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Chongqing, barat daya China, dengan 10 lagi dilaporkan masih hilang.

-- BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement