DUNIA
Angka korban banjir, tanah runtuh di Sri Lanka meningkat
Sebanyak 37 kematian dilaporkan dalam tempoh dua hari lalu di negara Asia Selatan itu. - Gambar/ AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya 47 orang maut manakala 21 lagi dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda seluruh Sri Lanka selama kira-kira 10 hari, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Khamis.
Operasi menyelamat diteruskan di kawasan yang paling terjejas ketika negara pulau itu masih berdepan cuaca buruk termasuk hujan lebat, paras air banjir yang meningkat dan tanah runtuh sejak 17 Nov, sekali gus menjejaskan kehidupan di banyak daerah, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Daily Mirror.
Sebanyak 37 kematian dilaporkan dalam tempoh dua hari lalu di negara Asia Selatan itu.
Menurut Pusat Pengurusan Bencana, lebih 5,893 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk, manakala 10 individu mengalami kecederaan dalam tempoh itu.
Daerah Batticaloa mencatatkan lebih 300 milimeter (11.8 inci) hujan dalam satu tempoh, jumlah yang amat tinggi.
Sistem tekanan rendah kekal berada di negara itu, menyebabkan angin kencang dan gelombang hujan lebat yang berulang.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tanah runtuh tahap merah untuk lapan daerah berisiko tinggi selain menggesa penduduk di daerah terlibat berada dalam keadaan berjaga-jaga, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan bersedia untuk pemindahan segera.
-- BERNAMA