awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza cecah 57,575 orang

Bernama
Bernama
08/07/2025
15:48 MYT
Angka korban di Gaza cecah 57,575 orang
Dalam tempoh 24 jam lepas, seramai lapan pencari bantuan maut dan lebih 74 orang cedera, ketika cuba mendapatkan keperluan asas. - Reuters
GAZA: Angka korban di Semenanjung Gaza mencecah 57,575 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan Israel pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 136,879 orang lagi cedera dalam tempoh itu.
Sumber perubatan mengesahkan, sejak Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekurang-kurangnya 7,013 orang awam terbunuh dan 24,838 orang cedera.
Dalam tempoh 24 jam lepas, seramai lapan pencari bantuan maut dan lebih 74 orang cedera, ketika cuba mendapatkan keperluan asas. Ini menjadikan jumlah pencari bantuan yang terkorban setakat ini kepada 766 orang, dengan lebih 5,044 orang cedera, menurut rekod hospital.
Sumber juga melaporkan bahawa 52 mayat, termasuk tiga yang ditemukan di bawah runtuhan, serta 452 individu cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Angka ini dianggap belum lengkap, kerana ramai lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan tidak dapat diselamatkan oleh pasukan perubatan dan penyelamat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#angka korban
#genosid
#serangan Israel
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan