DUNIA
Angka korban di Gaza hampiri 61,400 dalam perang genosid Israel
Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka. - Gambar AP
ANKARA: Sekurang-kurangnya 61,369 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan itu, kementerian memaklumkan, 39 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 491 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan akibat serangan Israel meningkat kepada 152,850 orang.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian turut memaklumkan, 21 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 341 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan meningkat kepada 1,743 orang, dengan lebih 12,590 lagi cedera sejak 27 Mei.
Selain itu, 11 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam lalu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan.
Angka itu menjadikan jumlah korban akibat kebuluran meningkat kepada 212 orang, termasuk 98 kanak-kanak, ketika krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan semakin meruncing.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu dan sejak itu membunuh 9,862 orang serta mencederakan 40,809 yang lain, sekali gus memungkiri perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini