awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
[TERKINI] Tiada lagi penternakan babi di Tanjong Sepat, titah Sultan Selangor
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan

Bernama
Bernama
20/02/2025
15:58 MYT
Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Walaupun gencatan senjata, pihak berkuasa tempatan Gaza melaporkan pelanggaran gencatan senjata hampir setiap hari oleh tentera Israel. - Gambar fail/Reuters/Dawoud Abu Alkas
ANKARA: Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bahawa seramai 16 lagi individu yang cedera dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 111,749 orang.
"Masih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," menurut kenyataan itu.
Perjanjian gencatan senjata telah berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Jan, sekali gus menghentikan sementara serangan Israel yang menyebabkan kemusnahan besar dan meninggalkan enklaf Palestin dalam runtuhan.
Walaupun gencatan senjata, pihak berkuasa tempatan Gaza melaporkan pelanggaran gencatan senjata hampir setiap hari oleh tentera Israel.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#ICJ
#pasukan penyelamat
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan