awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Palestin cecah 19,088, lebih 54,450 cedera

Bernama
Bernama
17/12/2023
04:47 MYT
Angka korban di Palestin cecah 19,088, lebih 54,450 cedera
Angka kematian di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt telah meningkat kepada 19,088 dengan lebih 54,450 orang cedera. -Gambar fail/AP
RAMALLAH: Angka kematian di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt telah meningkat kepada 19,088 dengan lebih 54,450 orang cedera.
Serangan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin pada Sabtu telah memasuki hari ke-71.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jumlah korban yang direkodkan di Semenanjung Gaza mencecah 18,800 manakala angka kematian di Tebing Barat turut meningkat kepada 288, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Selain itu, sekitar 51,000 rakyat Palestin cedera di Gaza manakala hampir 3,450 di Tebing Barat, menurut kementerian itu.
Antara mereka yang terkorban di Gaza, termasuk lebih 300 petugas kesihatan, 86 wartawan, 35 anggota pertahanan awam dan 135 kakitangan UNRWA.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengulangi amaran tentang bahaya kehabisan bekalan vaksin di Gaza yang boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan terutama dalam kalangan mereka yang berada di tempat perlindungan.
Kementerian itu merekodkan 360,000 kes penyakit berjangkit di pusat perlindungan tetapi jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi.
Setakat ini hanya 11 daripada 36 hospital di Gaza beroperasi dengan kemampuan yang terhad dan di wilayah utara pula sebuah sahaja hospital masih beroperasi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Zionis
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan