awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera

Bernama
Bernama
08/02/2025
15:58 MYT
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan. - AP
GAZA: Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah keseluruhan mangsa turut meningkat kepada 111,163, dengan ramai lagi yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera.
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan dalam usaha mencari mangsa yang masih berterusan.
Keadaan kekal kritikal dengan ratusan individu masih hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Gaza. Pasukan ambulans dan pertahanan awam menghadapi kesukaran besar untuk sampai ke kawasan terjejas berikutan kemusnahan meluas serta serangan udara yang masih berlanjutan.
Krisis kemanusiaan di Gaza semakin memburuk dari jam ke jam, dengan wilayah itu berdepan kekurangan bekalan perubatan, makanan dan air yang kritikal, sementara angka korban terus meningkat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#mangsa korban
#serangan Israel
#runtuhan
#pertahanan awam
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan