Skip to main content

Dunia

Angka korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 589 orang, hampir 3,000 cedera

gempa, venezuela_AP
Kerosakan yang amat teruk dan meluas dilaporkan di Wilayah La Guaira yang terletak di pantai Caribbean, selain beberapa bangunan turut runtuh di ibu negara, Caracas, serta wilayah-wilayah lain. - AP
Advertisement

MEXICO CITY: Angka korban akibat gempa bumi berturut-turut yang melanda Venezuela melonjak kepada 589 orang, manakala 2,980 lagi cedera, kata Pemangku Presiden Delcy Rodríguez pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dua gempa bumi kuat berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter menggegar utara dan tengah Venezuela pada Rabu malam, dengan selang masa hanya 39 saat antara kedua-dua gegaran.

Kerosakan yang amat teruk dan meluas dilaporkan di Wilayah La Guaira yang terletak di pantai Caribbean, selain beberapa bangunan turut runtuh di ibu negara, Caracas, serta wilayah-wilayah lain.

Memandangkan operasi menyelamat masih giat dijalankan, pihak berkuasa bimbang ramai lagi mangsa mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Pasukan bantuan antarabangsa kini dikerahkan ke negara Amerika Selatan itu bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.

Lewat Khamis, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan angka kematian berada pada 235 orang.

-- BERNAMA-dpa

Must Watch Video

Advertisement