DUNIA
Angka korban jambatan runtuh di Gujarat, India meningkat kepada 20 orang
Penyelamat mencari mangsa yang masih hidup selepas jambatan runtuh di Vadodara, negeri barat Gujarat. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Angka korban akibat kejadian jambatan runtuh di negeri Gujarat, barat India meningkat kepada 20 pada Jumaat, menurut pegawai, lapor Xinhua.
Sebahagian daripada jambatan yang merentasi Sungai Mahisagar runtuh pada Rabu di Daerah Vadodara, kira-kira 151 kilometer tenggara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.
Berikutan kejadian itu, lima hingga tujuh kenderaan yang sedang melalui jambatan itu terjunam ke dalam sungai.
"Operasi mencari telah dijalankan sejak Rabu dan hari ini dua lagi mayat ditemukan semasa kerja mengeluarkan sebuah lori dari dasar sungai, menjadikan angka korban dalam nahas ini setakat ini meningkat kepada 20 orang," kata seorang pegawai.
Operasi mencari di lokasi kejadian masih diteruskan memandangkan dua individu masih dilaporkan hilang.
Punca jambatan runtuh itu masih belum diketahui.
Sementara itu, kerajaan tempatan telah menggantung tugas empat jurutera daripada Jabatan Kerja Raya berhubung insiden berkenaan.
Ketua Menteri Gujarat, Bhupendra Patel telah mengarahkan satu siasatan dijalankan terhadap kejadian itu dan berjanji akan mengemukakan laporan terperinci dalam tempoh 30 hari.
Jambatan berkenaan dibina pada tahun 1985 dan menghubungkan Daerah Anand dan Vadodara. Lori-lori berat yang cuba mengelak daripada membayar tol di lebuh raya enam lorong Mumbai-Ahmedabad dilaporkan semakin kerap menggunakan jambatan itu.
Kemalangan maut akibat infrastruktur yang uzur adalah perkara biasa di India.
-- BERNAMA