awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran di Hawaii meningkat kepada 80 oang

Agensi
Agensi
12/08/2023
10:47 MYT
Angka korban kebakaran di Hawaii meningkat kepada 80 oang
Setakat ini, kejadian di Lahaina antara yang terburuk apabila banyak dilihat sisa bangunan yang musnah dengan rangka bumbung melengkung, bot di pelabuhan hangus, selain bau busuk kebakaran masih berterusan. - AP
MAUI: Jumlah kematian akibat kebakaran minggu ini di Hawaii, Amerika Syarikat pada Jumaat kini mencecah 80 mangsa.
Memetik CNN, pihak bomba dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya terus berusaha untuk memadamkan kebakaran di Lahaina, Pulehu/Kihei dan Maui.
Menurut pihak berkuasa Hawaii, kebakaran yang merebak ke kawasan perumahan itu menyebabkan orang ramai dipindahkan dari Kaanapali di Maui Barat namun begitu, tiada butiran lanjut mengenai pemindahan dikeluarkan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memaklumkan bahawa laluan trafik turut bersesak dan terhenti apabila pengguna jalan raya didapati nekad merentasi zon bencana yang sudah dihadang, seterusnya memasuki kawasan terlarang, berbahaya dan kini merupakan lokasi siasatan.
Penduduk Maui yang mula kembali ke kawasan kejiranan mereka menemukan rangka kereta yang terbakar manakala bahu jalan pula dipenuhi lapisan krom yang mengeras.
Dipacu oleh musim panas yang kering dan angin kencang, sekurang-kurangnya tiga kebakaran hutan berlaku di Maui minggu ini.
Setakat ini, kejadian di Lahaina antara yang terburuk apabila banyak dilihat sisa bangunan yang musnah dengan rangka bumbung melengkung, bot di pelabuhan hangus, selain bau busuk kebakaran masih berterusan.
Menurut pemerhatian syarikat pemodelan bencana dan risiko yang terkenal, Karen Clark & Company, kebakaran hutan ini disifatkan sebagai bencana kedua paling teruk dalam sejarah Hawaii selepas peristiwa Taufan Iniki pada tahun 1992.
Topic Berkaitan
#angka korban
#kebakaran hutan
#Amerika Syarikat
#jumlah kematian
#Kebakaran Maui
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan