DUNIA
Angka korban kebakaran hutan di Chile meningkat kepada 18
Kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Lirquen, Chile, 18 Jan 2026. (Foto AP)
SANTIAGO: Presiden Chile Gabriel Boric pada Ahad memaklumkan bahawa angka korban akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tengah-selatan negara itu telah mencecah 18 orang dan dijangka akan terus meningkat, lapor Xinhua.
"Hari ini kita mempunyai jumlah pengesahan sebanyak 18 kematian, namun malangnya kami pasti angka ini akan meningkat," kata Boric kepada pemberita di Concepcion di wilayah Biobio, kira-kira 500km ke selatan Santiago.
Beliau berkata anggaran awal menunjukkan sekitar 300 rumah telah musnah di Biobio sahaja, sambil memberi amaran bahawa jumlah akhir boleh melebihi 1,000 rumah.
Pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung bermula petang Sabtu di perbandaran Penco, Nacimiento dan Laja, manakala di Lirquen, antara kawasan yang paling teruk terjejas, perintah berkurung telah bermula lebih awal dan kekal tanpa had tempoh selepas kebakaran menjejaskan kira-kira 80 peratus lokaliti tersebut.
Menurut Perbadanan Perhutanan Kebangsaan, Chile kini mempunyai 14 kebakaran hutan aktif di bawah amaran merah, dengan lebih 24,000 hektar kawasan telah terbakar di seluruh negara. Kebakaran terbesar berlaku di Concepcion, yang telah menjejaskan lebih 10,600 hektar.
Boric mengisytiharkan darurat bencana di wilayah Nuble dan Biobio bagi menangani kecemasan tersebut.
-- BERNAMA