awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28

Bernama
Bernama
22/01/2025
12:24 MYT
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California. - AP
SEKURANG-KURANGNYA 28 kematian disahkan selepas lebih dua minggu kebakaran besar memusnahkan Los Angeles, California daripada kiraan awal sebanyak 27, lapor Agensi Anadolu yang memetik pejabat pemeriksa perubatan negara pada Selasa.
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Sehingga Selasa, kebakaran telah memusnahkan 16,465 hektar dan merosakkan lebih daripada 15,000 struktur, dengan lebih 100,000 orang di bawah perintah pemindahan.
Kebakaran terbesar telah membakar 9,489 hektar di kawasan sekitar kejiranan Pacific Palisades yang eksklusif berhampiran pantai. Di kawasan pedalaman, Kebakaran Eaton telah membakar 5,674 hektar di kaki bukit sekitar Bandar Altadena, timur laut pusat Bandar Raya Los Angeles.
Kebakaran di Palisades telah berjaya dikawal sebanyak 65 peratus, manakala kebakaran di Eaton berjaya dikawal sebanyak 89 peratus, berikutan usaha pemadaman yang mula menunjukkan kejayaan.
Dua lagi kebakaran kecil yang telah membakar 49.78 hektar secara keseluruhan, tercetus awal pagi Selasa di Bandar San Diego, kira-kira 195 kilometer ke tenggara Los Angeles, dengan usaha pengawalan api masing-masing mencapai 50 peratus dan 40 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#kebakaran
#Los Angeles
#Pacific Palisades
#eaton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan