DUNIA
Angka korban kebakaran pusat beli-belah di Pakistan meningkat kepada 71
Daripada 71 mayat yang ditemukan, hanya 20 setakat ini berjaya dikenal pasti kerana kebanyakannya rentung teruk. - AP
KARACHI: Angka korban akibat kebakaran besar di sebuah pusat beli-belah utama di Karachi, ibu kota komersial Pakistan, meningkat kepada 71 orang selepas pasukan penyelamat menemukan empat lagi mayat pada Jumaat, kata seorang pegawai, lapor Anadolu Ajansi.
Ketua Pakar Bedah Polis Karachi, Dr Summaiya Syed, memberitahu Anadolu bahawa daripada 71 mayat yang ditemukan, hanya 20 setakat ini berjaya dikenal pasti kerana kebanyakannya rentung teruk.
Beliau berkata jumlah korban sebenar hanya dapat ditentukan selepas proses pengecaman mayat selesai, ketika usaha pencarian memasuki hari ketujuh pada Jumaat, dengan puluhan lagi masih dilaporkan hilang.
Timbalan Pesuruhjaya Selatan, Javed Nabi Khoso, berkata kepada pemberita bahawa operasi mencari dan menyelamat kini berada pada peringkat akhir dan dijangka tamat pada Jumaat.
Gabenor Sindh, Kamran Khan Tessori, menggesa siasatan kehakiman dijalankan berhubung kebakaran itu, sambil menegaskan pihak yang bertanggungjawab "perlu dikenal pasti dan dihukum tanpa berlengah".
Kebakaran itu berlaku pada Sabtu di pusat beli-belah Gul Plaza di Jalan MA Jinnah, antara laluan komersial yang sibuk di daerah perniagaan bersejarah Karachi.
Api marak lebih 24 jam sebelum berjaya dikawal oleh pasukan bomba.
Gul Plaza menempatkan kira-kira 1,200 kedai, termasuk premis menjual pakaian, peralatan elektrik, kosmetik dan barangan tembikar.
Pegawai berkata pelbagai barangan mudah terbakar menyumbang kepada penyebaran api yang pantas serta intensiti kebakaran.
-- BERNAMA