awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban letupan bom di perhimpunan politik meningkat kepada 42

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2023
01:30 MYT
Angka korban letupan bom di perhimpunan politik meningkat kepada 42
Antara mangsa yang dikejarkan ke hospital susulan insiden letupan bom di Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. - Foto REUTERS
DERA ISMAIL KHAN: Angka korban dalam insiden letupan bom ketika satu perhimpunan politik diadakan di daerah Bajaur, Pakistan pada Ahad meningkat kepada 42.
Menurut Ketua Polis Wilayat Khyber Pakhtunkhwa, angka tersebut meningkat selepas mangsa yang cedera parah dalam insiden itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Sejumlah 132 individu cedera dalam insiden itu, ramai di antara mereka dalam keadaan kritikal.
Ketika kejadian, seorang pemimpin kanan daripada parti politik sebuah parti Islam radikal sepatutnya menyampaikan ucapan pada majlis itu tetapi sebelum ketibaannya, letupan bom berlaku.
Letupan disasarkan kepada Parti Jamiat Ulama-e-Islam (JUI-F) yang menganjurkan konvensyen di bandar Khar, berhampiran sempadan dengan Afghanistan menjelang pilihan raya akhir tahun ini.
Kira-kira 500 orang hadir pada perhimpunan itu.
Anggota polis dan pasukan keselamatan mengepung kawasan berkenaan dan melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Punca kejadian belum dikenal pasti dan masih tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.
Topic Berkaitan
#letupan bom
#angka korban
#perhimpunan politik
#Parti Jamiat Ulama-e-Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan