INTERNATIONAL
Angka korban meningkat lebih 30 akibat hujan lebat di ibu kota Congo
Banjir melumpuhkan sebahagian besar infrastruktur bandar berkenaan, menenggelamkan jalan utama dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta air secara meluas di seluruh bandar. -Gambar fail/Reuters
KINSHASA: Sekurang-kurangnya 33 orang disahkan maut selepas hujan lebat menyebabkan banjir di Kinshasa, ibu kota Republik Demokratik Congo (DRC), menurut pihak berkuasa awal pagi Isnin, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan, Jacquemain Shabani berkata hujan lebat yang berlaku sepanjang malam dari Jumaat hingga Sabtu itu telah menyebabkan kerosakan besar di beberapa kawasan di ibu kota, mengakibatkan puluhan cedera dan memusnahkan banyak rumah.
Sebagai respons, kerajaan telah menubuhkan unit pengurusan krisis dengan kerjasama angkatan tentera, beberapa kementerian dan kerajaan wilayah Kinshasa bagi melaksanakan pemindahan serta menggerakkan pasukan kecemasan.
Banjir itu telah melumpuhkan sebahagian besar infrastruktur bandar berkenaan, menenggelamkan jalan utama dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta air secara meluas di seluruh bandar.
Kementerian Pengangkutan melaporkan gangguan teruk di laluan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa N'djili, sehingga mendorong pihak berkuasa menggerakkan perkhidmatan feri kecemasan bagi membantu penumpang yang terkandas.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat akan terus melanda dalam beberapa hari akan datang, sekali gus menimbulkan kebimbangan akan berlakunya lebih banyak kerosakan di bandar yang berpenduduk 17 juta orang itu.
Musim hujan di DRC lazimnya bermula dari November hingga Mei.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 33 orang maut akibat banjir di Kinshasa, DRC, dengan kerosakan besar di beberapa kawasan dan banyak rumah musnah.
- Kerajaan menubuhkan unit pengurusan krisis untuk melaksanakan pemindahan dan menggerakkan pasukan kecemasan.
- Banjir melumpuhkan infrastruktur bandar, menenggelamkan jalan utama, dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik serta air secara meluas.