awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
Wanita rugi RM10,000 selepas beg galas dalam kereta dicuri
Pemimpin Bersatu sertai DAP? - 'Sila ikut prosedur' - Hannah Yeoh

Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang

Bernama
Bernama
31/01/2026
10:10 MYT
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
Menurut penilaian awal suruhanjaya siasatan rasmi, perlanggaran antara dua kereta api berkelajuan tinggi itu berpunca daripada kerosakan landasan. - Foto Reuters
MADRID: Dua belas hari selepas nahas ngeri kereta api di selatan Sepanyol, seorang wanita yang cedera parah dilaporkan meninggal dunia di hospital pada Jumaat, menurut penyiar televisyen negeri RTVE dan media Sepanyol lain, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ini menjadikan angka korban dalam satu daripada bencana kereta api terburuk dalam sejarah negara itu meningkat kepada 46 orang.
Doktor telah berusaha menyelamatkan nyawa mangsa berusia 42 tahun dari La Palma del Condado itu sejak kemalangan pada petang 18 Jan, yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Reina Sofia di Cordoba.
Beberapa jam sebelum berita kematiannya, pihak berkuasa memaklumkan bahawa 17 daripada lebih 120 mangsa yang cedera masih berada di unit rawatan rapi, lapor RTVE.
Menurut penilaian awal suruhanjaya siasatan rasmi, perlanggaran antara dua kereta api berkelajuan tinggi itu berpunca daripada kerosakan landasan.
Gerabak belakang sebuah daripada kereta api itu tergelincir dan memasuki landasan bersebelahan. Sebuah kereta api dari arah bertentangan kemudian merempuh gerabak berkenaan dan tercampak keluar dari landasan pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam (km/j).
Pada Khamis, ahli keluarga mangsa dalam satu majlis peringatan di Huelva yang dihadiri kira-kira 4,000 peserta menuntut kebenaran mengenai punca sebenar kemalangan itu. Raja Sepanyol, Raja Felipe VI dan Ratu Letizia turut berangkat ke majlis berkenaan.
Bagaimanapun, keputusan rasmi siasatan akhir mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum dapat diperoleh.
--BERNAMA-dpa



Topic Berkaitan
#nahas kereta api
#sepanyol
#angka korban
#bencana terburuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.