DUNIA
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
Mangsa kejadian dua tren tergelincir dan bertembung di Sepanyol pada Ahad menerima rawatan di Majlis Perbandaran Caseta di bandar Adamuz, 18 Jan 2026. REUTERS
MADRID: Sekurang-kurangnya 21 orang disahkan maut, manakala 25 yang lain cedera parah selepas dua kereta api berkelajuan tinggi tergelincir dan bertembung berhampiran bandar Cordoba di selatan Sepanyol pada Ahad, menurut pihak berkuasa.
Selain itu, kira-kira 100 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan, menurut agensi berita Xinhua.
Kemalangan tersebut berlaku pada 7.45 malam waktu tempatan apabila sebuah kereta api yang membawa 317 penumpang bagi laluan Malaga-Madrid terkeluar dari landasan atas sebab yang masih belum diketahui berhampiran Amaduz, kira-kira 20km dari Cordoba, kata pihak berkuasa Sepanyol.
Kereta api yang tergelincir itu merempuh sebuah lagi kereta api berkelajuan tinggi yang sedang dalam perjalanan di landasan bersebelahan dari Madrid ke Huelva, menyebabkan kereta api kedua tersebut turut terkeluar dari landasan.
Menteri Pengangkutan Sepanyol Oscar Puente menyifatkan pertembungan itu sebagai satu "impak yang dahsyat," dengan menyatakan bahawa dua gerabak terakhir kereta api Malaga-Madrid tergelincir dan merempuh dua gerabak pertama kereta api yang datang dari arah bertentangan, sehingga menyebabkannya terkeluar dari landasan.
Pasukan perkhidmatan kecemasan dari wilayah Andalusia telah dikerahkan ke lokasi kejadian, manakala penduduk setempat turut datang membantu memindahkan individu yang mengalami kecederaan ringan ke sebuah pusat sukan berhampiran untuk bantuan awal.
Unit Kecemasan Tentera Sepanyol juga telah digerakkan bagi membantu kerja-kerja menyelamat. Perkhidmatan kereta api di laluan yang terjejas telah digantung sehingga sekurang-kurangnya hari Selasa, kata pihak berkuasa.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata di media sosial bahawa beliau dan kerajaannya sedang memantau rapat kemalangan tersebut. Keluarga Diraja Sepanyol turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Operasi menyelamat masih diteruskan lewat Ahad ketika pegawai memberi amaran bahawa jumlah mangsa yang maut dan cedera mungkin berubah dalam beberapa jam akan datang.
Pengendali infrastruktur rel, Adif memaklumkan bahawa pihaknya telah membuka kawasan khas di Stesen Atocha di Madrid, serta di Malaga dan Huelva, untuk memberikan maklumat kepada waris penumpang yang terlibat. Satu talian telefon khas juga disediakan.
Kemalangan kereta api paling buruk sebelum ini di Sepanyol berlaku pada Julai 2013, apabila 79 orang terkorban selepas sebuah kereta api berkelajuan tinggi tergelincir ketika memasuki bandar Santiago de Compostela akibat kelajuan berlebihan.
-- BERNAMA