DUNIA
Angka korban runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia meningkat kepada 53
Pasukan SAR masih meneruskan operasi dengan bantuan jentera berat, dan 14 mangsa masih belum ditemukan. -Foto AP
JAKARTA: Angka kematian akibat runtuhan bangunan Sekolah Agama Al Khoziny di Jawa Timur meningkat kepada 53 orang ketika kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan hingga malam Ahad, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).
Ringkasan AI
Ketua Basarnas Surabaya, Nanang Sigit berkata pasukan SAR menemukan 16 lagi mayat di bawah timbunan runtuhan pada hari ketujuh operasi.
"Mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit berat, menyebabkan anggota penyelamat terpaksa bertindak dengan penuh berhati-hati.
"Pasukan perlu mengalihkan runtuhan dan memotong rangka logam sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan," katanya pada sidang media.
Jentera berat termasuk alat pemecah konkrit dan dua jengkaut digunakan bagi membantu pasukan SAR mencari mangsa yang masih terperangkap.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), kira-kira 80 peratus timbunan runtuhan telah dibersihkan, membolehkan lebih ramai mangsa ditemukan.
Seramai 14 orang masih hilang, manakala 104 mangsa yang terselamat telah dikenal pasti dengan enam daripadanya dirawat di unit rawatan rapi, 97 dibenarkan keluar hospital, dan seorang pulang tanpa rawatan, kata Timbalan Ketua Pengurusan Kecemasan BNPB, Budi Irawan.
Beliau berkata insiden ini merupakan tragedi runtuhan bangunan dengan jumlah korban tertinggi di Indonesia tahun ini, tanpa membabitkan sebarang kejadian bencana alam atau lain-lain.
Bangunan empat tingkat berkenaan runtuh Isnin lalu ketika para pekerja sedang menuang konkrit di tingkat atas, menyebabkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Angka kematian akibat runtuhan bangunan Sekolah Agama Al Khoziny meningkat kepada 53 orang, menjadikannya tragedi runtuhan bangunan paling buruk di Indonesia tahun ini tanpa melibatkan bencana alam.
- Pasukan SAR masih meneruskan operasi dengan bantuan jentera berat, dan 14 mangsa masih belum ditemukan.
- Bangunan runtuh ketika kerja menuang konkrit di tingkat atas, menyebabkan pelajar dan pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan.