awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[TERKINI] Politik Perlis: Speaker tarik balik pemakluman keperluan PRK, tiga DUN kekal kosong
Palestin usaha dapatkan bantuan antarabangsa untuk hapuskan bahan letupan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban serangan genosid Israel di Gaza melebihi 60,000

Bernama
Bernama
29/07/2025
15:33 MYT
Angka korban serangan genosid Israel di Gaza melebihi 60,000
22 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 199 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lepas. - Reuters
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 60,034 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, 113 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala 637 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan mencecah 145,870 orang sejak serangan Israel bermula.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian juga memaklumkan, 22 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 199 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian ketika mencari bantuan meningkat kepada 1,179 orang, manakala lebih 7,957 cedera sejak 27 Mei.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus menghentikan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang mula berkuat kuasa pada Januari.
Sejak itu, 8,867 lagi terbunuh dan 33,829 cedera akibat serangan berterusan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#angka korban
#genosid
#Palestin
#Gaza
#serangan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami