DUNIA
Angka korban tapak pelupusan sampah runtuh di Filipina, meningkat kepada 4 orang
Petugas menjalankan kerja-kerja menyelamat di tapak pelupusan sampah yang runtuh di Binaliw, Cebu, Filipina, 10 Jan 2026. REUTERS
ISTANBUL: Angka korban akibat kejadian tapak pelupusan sampah runtuh di Filipina pada Khamis meningkat kepada empat orang pada Sabtu, ketika pihak berkuasa meneruskan usaha mencari berpuluh-puluh pekerja yang masih terperangkap, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Kemudahan tapak pelupusan sampah swasta itu runtuh kira-kira pukul 4.17 petang waktu tempatan (0817 GMT) di Bandar Cebu, dalam Wilayah Central Visayas, pada Khamis.
Menurut data terbaharu, 12 orang telah dibawa ke hospital manakala empat kematian disahkan, dengan operasi mencari lebih 30 lagi mangsa yang hilang masih dijalankan, kata Datuk Bandar Cebu, Nestor Archival menerusi platform media sosial Facebook.
"Pihak berkuasa mengesahkan terdapat tanda-tanda mangsa yang masih hidup dikesan di kawasan tertentu, justeru kerja-kerja penggalian yang lebih berhati-hati diperlukan selain penggunaan kren 50 tan yang lebih canggih," katanya.
Pada Jumaat, Datuk Bandar itu memaklumkan insiden berkenaan berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Binaliw dan melibatkan seramai 110 pekerja.
Dalam kejadian berasingan, pentadbiran Gereja Quiapo Filipina pada Sabtu menyatakan empat orang maut semasa perarakan Misa tahunan sempena festival keagamaan, Perayaan Black Nazarene, menurut laporan GMA News Online.
Pegawai gereja juga memaklumkan bahawa seorang wartawan foto yang meninggal dunia pada Jumaat ketika membuat liputan perarakan itu tidak dianggap sebagai mangsa aktiviti keagamaan berkenaan.
Lebih 1,050 kes kecemasan perubatan turut direkodkan sepanjang acara itu berlangsung.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Tapak pelupusan sampah runtuh di Filipina, empat orang maut dan lebih 30 mangsa masih hilang; operasi mencari mangsa terus dijalankan.
- Datuk Bandar Cebu menyatakan perlunya penggalian berhati-hati dan penggunaan kren 50 tan untuk mencari mangsa yang masih hidup.
- Di Filipina, empat orang meninggal dunia semasa perarakan Misa tahunan, Perayaan Black Nazarene; lebih 1,050 kes kecemasan perubatan direkodkan.