[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Angkasawan Apollo 8 William Anders maut dalam nahas pesawat ringan

Astro Awani 08/06/2024 | 04:30 MYT
Mendiang dikatakan mengemudi pesawat itu seorang diri apabila ia terhempas di perairan Pulau Jones, sebahagian daripada gugusan kepulauan San Juan. - Foto fail/AP
BEKAS angkasawan William Anders, antara tiga orang pertama mengelilingi bulan, meninggal dunia dalam nahas pesawat ringan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada usia 90 tahun.
Anders merupakan individu yang mengambil gambar ikonik 'Earthrise' ketika misi NASA Apollo 8 pada tahun 1968.
Ketua NASA Bill Nelson mengucapkan takziah kepada keluarga Anders di akaun media sosial miliknya
Beliau turut berkata bekas juruterbang Air Force itu "memberi hadiah paling istimewa seorang angkawasan boleh berikan kepada manusia di seluruh dunia".
Muzium Heritage Flight yang terletak di Burlington, Washington mengesahkan kematian Anders dalam nahas pesawat berkenaan.
Mendiang dikatakan mengemudi pesawat itu seorang diri apabila ia terhempas di perairan Pulau Jones, sebahagian daripada gugusan kepulauan San Juan, lapor The Seattle Times.
Menurut stesen TV KCPQ, Anders merupakan jurterbang dan satu-satunya penumpang pesawat Air Force T-34 Mentor miliknya.
Anders menyertai NASA pada tahun 1963 namun hanya diterbangkan ke angkasa lepada pada 21 Disember 1968.
Ketika itu mendiang menyertai Apollo 8 dalam misi pertama angkawasan sejauh 386,000 ke bulan.
Frank Borman, James Lovell, and William Anders menyertai misi Apollo 8 pada tahun 1968. - Foto X/Mario Nawfal
Antara tugasan utama misi itu adalah untuk mengambil gambar bulan.
Namun perhatian mereka teralih kepada pemandangan indah bumi dari angkasa lepas.
Foto yang dirakam Anders kemudian menjadi terkenal dan dinamakan 'Earthrise'.
Foto ikonik yang diambil Anders dinamakan 'Earthrise' yang diambil semasa menyertai misi Apollo 8. - Foto William Anders/NASA
Ia juga disifatkan salah satu foto paling diingati dalam sejarah.
"Kami terpaksa pergi ke bulan untuk menikmati bumi," kata Anders ketika itu.
#William Anders #Nahas #pesawat ringan #terhempas