Skip to main content

Dunia

Angkasawan Artemis II disambut di Houston

NASA astronauts Victor Glover and Christina Koch sit in a U.S. Navy MH-60S Seahawk on the flight deck of the U.S. Navy's USS John P. Murtha after returning from their Artemis II Moon flyby mission's Orion capsule, which splashed down in the Pacific Ocean off the coast of California, U.S. April 10, 2026. U.S. Navy/Mass Communication Specialist 2nd Class August Clawson/Handout via REUTERS
Angkasawan NASA Victor Glover dan Christina Koch duduk di dalam helikopter MH‑60S Seahawk Tentera Laut AS selepas kembali daripada misi terbang lintas bulan Artemis II. - Foto REUTERS

HOUSTON: Empat angkasawan yang menyertai misi Artemis II kendalian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) disambut pulang ke bumi dalam satu majlis di Houston, Texas, selepas menamatkan penerbangan bersejarah mengelilingi Bulan.

Komander misi, Reid Wiseman, menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa dan paling bermakna dalam hidupnya.

Advertisement

“Ia adalah perkara paling istimewa yang pernah saya lalui,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan itu.

Turut terlibat dalam misi berkenaan ialah juruterbang Victor Glover, pakar misi Christina Koch, serta angkasawan Kanada, Jeremy Hansen.

Keempat-empatnya diraikan bersama keluarga masing-masing pada Sabtu, menandakan berakhirnya misi selama sembilan hari.

Pelayaran Artemis II membawa kru tersebut lebih jauh dari bumi berbanding mana-mana misi manusia sebelum ini, sekali gus mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha NASA untuk membawa manusia kembali ke bulan dan seterusnya ke Marikh.

Misi Artemis II merupakan langkah utama dalam program Artemis NASA yang bertujuan membuka era baharu penerokaan angkasa lepas berawak.

 

Must Watch Video