awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS

Bernama
Bernama
26/10/2024
07:15 MYT
Angkasawan NASA dimasukkan ke hospital selepas pulang dari ISS
NASA mengesahkan bahawa kapsul SpaceX Dragon berjaya memasuki semula atmosfera dan mendarat dengan normal, serta proses pemulihan kru dan kapal angkasa berjalan lancar. - Gambar fail/ NASA
WASHINGTON: Seorang angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah dimasukkan ke hospital selepas kepulangan misi Crew-8 dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Agensi Anadolu pada Jumaat.
"Seorang angkasawan yang kekal di Ascension berada dalam keadaan stabil di bawah pemerhatian sebagai langkah berjaga-jaga. Untuk melindungi privasi perubatan anggota kru, butiran khusus mengenai keadaan atau identiti individu itu tidak akan dikongsi," kata NASA.
Misi Crew-8 berjaya mendarat di luar pantai Florida pada awal Jumaat selepas menghabiskan hampir lapan bulan di angkasa lepas. NASA mengesahkan bahawa kapsul SpaceX Dragon berjaya memasuki semula atmosfera dan mendarat dengan normal, serta proses pemulihan kru dan kapal angkasa berjalan lancar.
"Semasa penilaian perubatan rutin di kapal pemulihan, penilaian tambahan ke atas anggota kru diminta sebagai langkah berjaga-jaga," kata agensi itu.
Angkasawan Matthew Dominick, Michael Barratt dan Jeanette Epps bersama angkasawan Rusia Alexander Grebenkin telah dibawa ke Ascension Sacred Heart Pensacola untuk penilaian perubatan.
Walaupun tiga daripada kru telah dibenarkan keluar selepas penilaian dan telah kembali ke Pusat Angkasa Johnson NASA di Houston, seorang angkasawan masih berada di hospital untuk pemerhatian sebagai langkah berjaga-jaga, menurut agensi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NASA
#angkasawan
#ISS
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan