awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025

Bernama
Bernama
29/10/2025
09:11 MYT
Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025
Angkasawan Sergey Ryzhikov dan Alexey Zubritsky dijangka menghabiskan kira-kira enam setengah jam bekerja di bahagian luar ISS. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Dua angkasawan Rusia melaksanakan aktiviti berjalan di angkasa buat kali kedua tahun ini dengan memasang peralatan saintifik di bahagian luar Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Selasa, menurut agensi angkasa negara Rusia, Roscosmos, lapor Xinhua.
Angkasawan Sergey Ryzhikov dan Alexey Zubritsky dijangka menghabiskan kira-kira enam setengah jam bekerja di bahagian luar ISS, menurut Roscosmos.
Tumpuan utama misi kali ini adalah memasang peralatan bagi eksperimen saintifik "Impulse" yang akan membolehkan saintis mengkaji sifat ionosfera Bumi, menurut perbadanan Rusia itu.
Selain itu, mereka turut membersihkan tingkap modul Nauka, menggantikan kaset dalam peralatan pertumbuhan semikonduktor pada modul berkenaan dan memindahkan panel kawalan luaran, tambahnya.
Pada 16 Okt lalu, angkasawan Rusia menyelesaikan aktiviti berjalan di angkasa pertama 2025 dari segmen Rusia di ISS yang berlangsung selama enam jam, 11 minit dan 12 saat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkasawan Rusia
#berjalan di angkasa lepas
#ISS
#Stesen Angkasa Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan