ANKARA: Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas AS NASA.
Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, kata NASA.
Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.
Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.
Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2. - BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Angkasawan Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, kata NASA. - Gambar Twitter
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Angkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei
Rayyanah Barnawi yang juga penyelidik kanser payudara dijangka menyertai angkasawan UAE, Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.