DUNIA
Angkatan bersenjata Bolivia nafi rancang rampasan kuasa
Kekurangan bahan bakar dan inflasi yang semakin meningkat terus mendorong kemarahan rakyat sehingga terpaksa turun ke jalan raya mengadakan protes. - Foto REUTERS
LA PAZ: Angkatan Bersenjata Bolivia menyangkal sebarang dakwaan mengenai rancangan rampasan kuasa terhadap Kerajaan semasa adalah palsu.
Dakwaaan ini berlaku ketika pergolakan yang semakin meningkat di negara itu akibat krisis kekurangan bahan bakar, serta usaha bekas Presiden Evo Morales untuk mencalonkan diri dalam pilihan raya Ogos depan meskipun wujud larangan perlembagaan.
Pada 26 Jun, genap setahun sejak percubaan rampasan kuasa yang gagal oleh seorang bekas komander tertinggi tentera, yang berakhir dengan penahanan individu yang didakwa sebagai dalang.
Sebelum ini, kekurangan bahan bakar dan inflasi yang semakin meningkat terus mendorong kemarahan rakyat sehingga terpaksa turun ke jalan raya mengadakan protes.
Di La Paz, kesatuan pemandu pengangkutan awam menganjurkan perarakan bagi menuntut bekalan bahan bakar yang stabil supaya operasi mereka dapat diteruskan.
Dalam masa sama, syarikat minyak milik negara YPFB mengumumkan pada Selasa sebanyak 75.7 juta liter bahan bakar dijangka tiba minggu ini
Di Cochabamba, para penyokongnya Morales menghalang jalan sebagai bantahan terhadap larangan perlembagaan ke atas pencalonannya seperti yang didakwa Morales adalah tidak sah.