[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Annalena Baerbock ambil alih jawatan Presiden Perhimpunan Agung PBB

Bernama 09/09/2025 | 21:32 MYT
Sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB, Baerbock (gambar) akan mempengerusikan sesi-sesi Perhimpunan Agung dan membantu menentukan agenda serta peraturan prosedur mesyuarat. REUTERS
NEW YORK: Bekas menteri luar Jerman Annalena Baerbock pada Selasa secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada presiden terdahulu, bekas perdana menteri Cameroon Philemon Yang pada permulaan sesi ke-80 perhimpunan itu di New York.

Baerbock dipilih untuk jawatan itu pada Jun lepas dengan majoriti besar.

Ahli politik berusia 44 tahun dari Parti Hijau itu, yang berkhidmat sebagai menteri luar Jerman sehingga Mei, merupakan wanita kelima yang memegang jawatan berkenaan.

Sebagai presiden, Baerbock akan mempengerusikan sesi-sesi Perhimpunan Agung dan membantu menentukan agenda serta peraturan prosedur mesyuarat.

--BERNAMA-dpa







#PBB #Annalena Baerbock #Presiden Perhimpunan Agung PBB #Perhimpunan Agung PBB