awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Antartika berdepan perubahan tidak dapat dipulihkan - Saintis

Bernama
Bernama
21/08/2025
23:00 MYT
Antartika berdepan perubahan tidak dapat dipulihkan - Saintis
Kehilangan ais laut Antartika menjadikan rak ais terapung lebih mudah runtuh akibat ombak, menurut Nerilie Abram, ketua saintis di Bahagian Antartika Australia di bawah Jabatan Perubahan Iklim, Tenaga, Alam Sekitar dan Air. - Gambar fail/REUTERS
CANBERRA: Saintis Australia dan antarabangsa memberi amaran bahawa Antartika sedang berdepan perubahan mendadak yang berpotensi tidak dapat dipulihkan terhadap ais, lautan dan ekosistemnya dengan kesan bencana, lapor Xinhua.
Penyelidik memberi amaran bahawa Lapisan Ais Antartika Barat berisiko runtuh akibat peningkatan karbon dioksida, sekali gus meningkatkan paras laut lebih tiga meter dan mengancam bandar pesisir di seluruh dunia, menurut kenyataan dikeluarkan Universiti Nasional Australia (ANU) pada Khamis.
"Keruntuhan sebegini akan membawa kesan bencana kepada generasi akan datang," kata pengarang utama kajian itu, Nerilie Abram, ketua saintis di Bahagian Antartika Australia di bawah Jabatan Perubahan Iklim, Tenaga, Alam Sekitar dan Air.
Abram, yang menjalankan penyelidikan tersebut ketika berkhidmat sebagai profesor sains iklim di ANU, memberi amaran bahawa perubahan pantas telahpun diperhatikan dan akan "menjadi semakin buruk dengan setiap pecahan darjah pemanasan global."
Kehilangan ais laut Antartika menjadikan rak ais terapung lebih mudah runtuh akibat ombak, kata Abram bersama pasukan saintis iklim antarabangsa dari Australia, Afrika Selatan, Switzerland, Perancis, Jerman dan Britain.
"Apabila ais laut hilang dari permukaan laut, ia juga mengubah jumlah haba suria yang disimpan dalam sistem iklim, dan ini dijangka memburukkan lagi pemanasan di rantau Antartika," katanya.
Pengarang bersama, Profesor Matthew England dari Universiti New South Wales, Australia pula menegaskan perubahan itu mengancam negara dengan kenaikan paras laut yang menjejaskan komuniti pesisir serta lautan Selatan yang lebih panas dan kurang oksigen, sekali gus menyerap kurang karbon dan memburukkan pemanasan.
Kejatuhan ais laut Antartika turut mengancam habitat pembiakan penguin maharaja yang bergantung kepada ais stabil, manakala kril, anjing laut dan fitoplankton juga berdepan risiko akibat pemanasan serta pengasidan lautan, kata England. Beliau menambah satu lagi risiko ialah keruntuhan peredaran semula Antartika yang menyebabkan nutrien penting terperangkap di dasar laut dan mengganggu ekosistem marin.
Kajian itu menekankan bahawa usaha pemuliharaan melalui Perjanjian Antartika sahaja tidak akan menghentikan kesan iklim; pengurangan pelepasan gas rumah hijau hampir kepada sasaran 1.5 darjah Celsius adalah penting untuk mengelak perubahan mendadak seterusnya.
Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Nature itu menegaskan keperluan mendesak kerajaan, sektor perniagaan dan komuniti untuk mengambil kira perubahan pesat Antartika dalam perancangan iklim masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antartika
#saintis
#karbon dioksida
#Universiti Nasional Australia
#ais laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan