Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu

Agensi
Mei 21, 2022 13:53 MYT
Pemimpin Parti Buruh Anthony Albanese dilaporkan bakal menjadi Perdana Menteri Australia yang seterusnya. - Foto AP
PEMIMPIN Parti Buruh Anthony Albanese dilaporkan bakal menjadi Perdana Menteri Australia yang seterusnya.
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.
Setakat ini, pengiraan undi masih lagi dilakukan dan keputusan awal menunjukkan bahawa Parti Buruh kini mendahului meskipun belum memperoleh majoriti 76 kerusi.
Parti yang bertanding memerlukan majoriti 76 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti dan Parti Buruh kini mendahului di 73 kerusi, lapor Suruhanjaya Pilihan Raya Australia.
Albanese sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri sebelum ini di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Kevin Rudd dan Julia Gillard sebelum mengambil alih sebagai Pemimpin Buruh dalam pilihan raya pada 2019.
Selain persaingan dasar, pilihan raya ini memberi tumpuan kepada watak pemimpin. Populariti Morrison dilihat masih rendah di kalangan pengundi.
Antara yang menjadi keutamaan Albanese sebaik menjadi Perdana Menteri ialah beliau ingin membina semula hubungan dengan pemimpin asing yang menurutnya telah diabaikan oleh Morrison sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia termasuk hubungan bersama pemimpin Pulau Pasifik, termasuk Kepulauan Solomon yang pemimpinnya menandatangani pakatan keselamatan dengan Beijing sebelum ini sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa China merancang untuk membina pangkalan tentera pertamanya di lautan Pasifik.
#Australia #Perdana Menteri #Anthony Albanese #pilihan raya #Parti Buruh