GHENT: Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19.
Ini sekiranya ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti dijanjikan, lapor Reuters.
Penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent berkata, antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama "Winter" itu telah berjaya mematikan penularan koronavirus termasuk variannya dalam ujian makmal.
"Teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dilihat dapat menambah baik peranan vaksin dalam melindungi orang ramai yang mempunyai sistem imunisasi lemah, selain merawat individu dijangkiti di hospital," kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago.
"Antibodi Ilama yang luar biasa kecil dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, dan kami tidak nampak mutasi pada kadar tinggi di situ," katanya.
Antibodi juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular, tambahnya.
Para penyelidik menjangkakan ujian klinikal terhadap sukarelawan sihat yang dimulakan minggu lalu akan menunjukkan kesan yang sama.
Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, sepertimana llama dan spesies unta lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan berbanding mamalia lain.
"Saiznya yang kecil membolehkan ia mencapai sasaran, hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antibodi konvensional," ujarnya.
Pencarian rawatan COVID-19 itu susulan kajian pada 2016 mengenai antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan MERS.
Pada 2018, syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi membayar 3.9 bilion euro kepada Ablynx, sebuah syarikat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan antibodi llama.
Sementara itu, Winter, yang antibodinya kini dapat dihasilkan semula di makmal, sedang menikmati 'persaraan' di taman seni dan haiwan swasta di Genk.
Astro Awani
Wed Aug 25 2021
Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19, sekiranya ujian klinikal dijalankan oleh syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar. -Gambar hiasan
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Antibodi llama hentikan penularan varian COVID-19 dalam ujian makmal
Antibodi yang diekstrak daripada Ilama itu didapati berjaya menghentikan penularan jangkitan koronavirus dalam ujian makmal.