DUNIA
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Antonio Jose Seguro, meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden Portugal selepas mengatasi pencabarnya dari blok kanan jauh, Andre Ventura, dalam pusingan penentuan pada Ahad. - Gambar AP
LISBON: Calon Parti Sosialis, Antonio Jose Seguro, meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden Portugal selepas mengatasi pencabarnya dari blok kanan jauh, Andre Ventura, dalam pusingan penentuan pada Ahad.
Dengan 95 peratus undi dikira, Seguro yang berusia 63 tahun memperoleh 66 peratus undian, sekali gus memastikan beliau memegang jawatan Presiden untuk tempoh lima tahun.
Ventura pula meraih 34 peratus undi - satu peningkatan ketara berbanding prestasi 22.8 peratus parti anti-imigrasinya, Chega, dalam pilihan raya umum tahun lalu.
Dua tinjauan keluar turut meletakkan Seguro dalam lingkungan 67 hingga 73 peratus, manakala Ventura berada antara 27 hingga 33 peratus undian.
Portugal berdepan beberapa siri ribut sejak beberapa hari lalu, namun jumlah keluar mengundi kekal hampir sama seperti pusingan pertama pada 18 Januari.
Bagaimanapun, tiga majlis perbandaran di selatan dan tengah negara terpaksa menangguhkan pengundian selama seminggu akibat banjir, melibatkan kira-kira 37,000 pengundi yang dijangka tidak menjejaskan keputusan keseluruhan.
Walaupun jawatan Presiden Portugal bersifat simbolik, pejabat itu mempunyai kuasa penting termasuk membubarkan Parlimen berdasarkan keadaan tertentu.
Ventura, 43, sebelum ini mendakwa tindak balas kerajaan terhadap ribut dan banjir adalah “tidak berguna” dan menggesa penangguhan keseluruhan pilihan raya - permintaan yang ditolak pihak berkuasa.
Dalam kempen terakhirnya pada Jumaat, Seguro menuduh Ventura cuba “melakukan apa sahaja untuk menghalang rakyat Portugal keluar mengundi.”
Walaupun tewas, Ventura - bekas pengulas sukan televisyen yang berkarisma kini boleh mendabik dada dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap agenda kanan jauh, sejajar dengan trend di seluruh Eropah.
Beliau juga menjadi calon sayap kanan ekstrem pertama dalam sejarah Portugal yang berjaya ke pusingan penentuan.
Seguro pula menampilkan dirinya sebagai calon kiri moderat dan moden yang komited menjadi pengantara dalam mencegah krisis politik serta mempertahankan nilai demokrasi.
Selepas pusingan pertama, beliau turut menerima sokongan tokoh konservatif yang bimbang dengan kecenderungan populis Ventura.
Namun, Perdana Menteri Luis Montenegro yang mengetuai kerajaan minoriti pusat-kanan enggan menyatakan sokongan kepada mana-mana calon dalam pusingan kedua, walaupun kerajaan beliau sering memerlukan sokongan sama ada Parti Sosialis atau Chega untuk meluluskan undang-undang di Parlimen.
Jawatan presiden baharu ini akan menggantikan penyandang lama, Marcelo Rebelo de Sousa, pada awal Mac. - Agensi