Antony Blinken adakan lawatan ke Malaysia, Indonesia minggu depan

Agensi
Disember 6, 2021 15:40 MYT
Blinken akan membuat lawatan sulungnya ke Jakarta pada 13 hingga 14 Disember, disusuli dengan lawatan ke Malaysia pada 14 hingga 15 Disember. - Reuters
KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dijangka bakal mengadakan lawatan ke Malaysia dan Indonesia minggu depan.
Menurut laporan Reuters, Blinken akan membuat lawatan sulungnya ke Jakarta pada 13 hingga 14 Disember dan disusuli dengan lawatan ke Malaysia pada 14 hingga 15 Disember.
Semasa lawatannya ke Indonesia, Blinken dijadualkan menyampaikan ucapan mengenai kesihatan, pelaburan dan infrastruktur di Indo-Pasifik.
Malah, Blinken juga akan mengambil bahagian secara maya dalam Forum Demokrasi Bali pada 9 Disember.
Pemerhati menyifatkan, lawatan itu dibuat ketika pentadbiran Joe Biden sedang dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan bersama negara Asia Tenggara menentang pengaruh China yang semakin kuat.
#Amerika Syarikat #Malaysia #Indonesia #Antony Blinken