awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan

Bernama
Bernama
29/03/2023
14:55 MYT
Anwar berbuka puasa, beramah mesra dengan komuniti Islam di Hainan
Anwar beramah mesra dengan Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Islam Bandar Sanya Chen Yishan (tiga, kanan) pada Majlis Berbuka Puasa bersama wakil komuniti Islam setempat. - Gambar Bernama
HAINAN (China): Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa beramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil komuniti Islam setempat serta delegasi Malaysia yang menyertai Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023).
Pada majlis berkenaan, Anwar turut mengimamkan solat Maghrib dan menunaikan solat sunat terawih di Hotel Boao Golden Coast.
Seorang wakil komuniti Islam setempat, Chen Yijiang berkata beliau yang pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun berasa gembira dapat bertemu dan berbuka puasa dengan Perdana Menteri.
Beliau yang merupakan Imam Masjid Nankai di Daerah Tianya berharap kedatangan Anwar akan memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dengan China.
Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas petang tadi bagi menghadiri BFA 2023 sekali gus memulakan lawatan rasmi empat hari beliau ke China.
Ini adalah lawatan antarabangsa kesembilan beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada November lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
#berbuka puasa
#BFA 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan