awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
Prasarana catat rekod 1.63 juta penumpang harian tertinggi 31 Disember
RM15 juta untuk Dapur Siswa, pastikan tiada mahasiswa 'ikat perut'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Modi komited perkukuh hubungan Malaysia dan India

Bernama
Bernama
23/11/2025
01:40 MYT
Anwar, Modi komited perkukuh hubungan Malaysia dan India
Anwar dan Modi sempat bertukar pandangan secara ringkas dalam satu pertemuan ketika kedua-duanya hadir pada Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg. - Foto Facebook Narendra Modi
JOHANNESBURG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dan Perdana Menteri India Narendra Modi menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta teknologi baharu yang mampu menyemarak ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara.
"Saya sempat bertukar pandangan secara ringkas dengan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa kedua-dua kami menghadiri Sidang Kemuncak G20.
"Pertemuan kami menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya di bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta teknologi baharu yang mampu menyemarak ruang kerjasama lebih luas antara kedua-dua negara sahabat," kata beliau dalam satu sidang media di sini.
Lantaran itu, Malaysia dan India akan terus berpadu tenaga untuk mempelbagai bentuk kerjasama strategik yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.
"Justeru, atas semangat saling meyakini dan hormat, kita mampu meningkatkan potensi rantau ini sebagai medan pertumbuhan baharu, sementalahan memastikan hubungan kita kekal utuh dan teguh," kata Perdana Menteri.
Sementara itu dalam satu hantaran di Facebook, Modi berkata India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala.
"Saya telah bertukar-tukar pandangan yang sangat baik dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#India
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan