awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Trump, mahu perkukuh hubungan Malaysia-AS

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/01/2025
14:47 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Trump, mahu perkukuh hubungan Malaysia-AS
Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dalam hubungan yang mengangkat kepentingan secara bersama ketika pentabiran Trump. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah buat Presiden Donald Trump yang baharu sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat.
Beliau dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram dan Facebook rasmi beliau pada Selasa berkata berharap dapat bekerjasama dengan Presiden Trump untuk mengukuhkan lagi hubungan, saling melengkapi dan berpandangan ke hadapan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
"Sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, saya juga amat mengalu-alukan kehadiran Presiden Trump ke Malaysia yang mana ia dilihat dapat memperbaharui hubungan Amerika di rantau ini," katanya.
Ujar Anwar dalam kenyataan sama berkata, Presiden Trump mempunyai pendekatan yang unik dalam menangani cabaran domestik dan global.
Ini terbukti dengan peranan penting yang dimainkan beliau untuk membantu genjatan senjata di Gaza sebelum pelantikannya sebagai presiden.
Antara lain Anwar turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dalam hubungan yang mengangkat kepentingan secara bersama ketika pentabiran Trump berusaha untuk melakar zaman kegemilangan baharu buat Amerika.
Topic Berkaitan
#ucapan tahniah
#Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Presiden Donald Trump
#hubungan bilateral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan