DUNIA
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Presiden AOT, Paweena Jariyathitipong, berkata kenaikan berkenaan melibatkan Suvarnabhumi, Don Mueang (foto), Phuket, Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai. -Gambar fail/Adobe Stock Photo
BANGKOK: Airports of Thailand (AOT) mencadangkan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi penerbangan antarabangsa daripada 730 baht kepada 1,120 baht (kira-kira RM140), peningkatan sekitar 53%, yang akan dilaksanakan di enam lapangan terbang utama negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
AOT menjangka langkah itu tidak menjejaskan jumlah penumpang kerana keputusan melancong lebih dipengaruhi harga tiket dan kos perjalanan keseluruhan.
Presiden AOT, Paweena Jariyathitipong, berkata kenaikan berkenaan melibatkan Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket, Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai, manakala caj penerbangan domestik dikekalkan.
Beliau menjelaskan bahawa Thailand merupakan antara sedikit negara yang hanya mengenakan PSC kepada penumpang berlepas, sedangkan kebanyakan negara turut mengenakan caj kepada penumpang transit dan ketibaan.
AOT menyasarkan hasil tambahan melebihi 10 bilion baht (kira-kira RM1.25 bilion) setahun melalui kenaikan caj tersebut.
Sebahagian pendapatan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan lapangan terbang seperti tandas, sistem elektrik, pendingin hawa serta keselamatan, manakala selebihnya disimpan sebagai keuntungan terkumpul bagi membiayai projek baharu tanpa kebergantungan kepada pinjaman luar.
Menurut Paweena, kajian antarabangsa menunjukkan PSC bukan faktor utama dalam keputusan pelancong melancong ke luar negara.
Beliau menegaskan bahawa kenaikan itu bertujuan menampung kos operasi sebenar dan memastikan standard keselamatan jangka panjang terus dipenuhi.
Cadangan kenaikan PSC tersebut telah diluluskan secara prinsip oleh Lembaga Penerbangan Awam Thailand, namun masih menunggu kelulusan akhir daripada Menteri Pengangkutan, yang juga pengerusi lembaga secara rasmi.
AOT menjangka kelulusan muktamad diperoleh sekitar Mei, selepas pilihan raya umum Thailand.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Airports of Thailand (AOT) mencadangkan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi penerbangan antarabangsa sebanyak 53% kepada 1,120 baht di enam lapangan terbang utama negara tanpa kesan signifikan terhadap jumlah penumpang.
- AOT menegaskan kenaikan ini penting untuk menampung kos operasi sebenar dan memastikan tahap keselamatan terjamin, sambil menyasarkan hasil tambahan melebihi 10 bilion baht setahun untuk menaik taraf infrastruktur lapangan terbang.
- Cadangan kenaikan PSC telah diluluskan secara prinsip oleh Lembaga Penerbangan Awam Thailand dan dijangka mendapat kelulusan akhir daripada Menteri Pengangkutan sekitar Mei, selepas pilihan raya umum Thailand.
AOT menjangka langkah itu tidak menjejaskan jumlah penumpang kerana keputusan melancong lebih dipengaruhi harga tiket dan kos perjalanan keseluruhan.
Presiden AOT, Paweena Jariyathitipong, berkata kenaikan berkenaan melibatkan Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket, Hat Yai, Chiang Mai dan Chiang Rai, manakala caj penerbangan domestik dikekalkan.
Beliau menjelaskan bahawa Thailand merupakan antara sedikit negara yang hanya mengenakan PSC kepada penumpang berlepas, sedangkan kebanyakan negara turut mengenakan caj kepada penumpang transit dan ketibaan.
AOT menyasarkan hasil tambahan melebihi 10 bilion baht (kira-kira RM1.25 bilion) setahun melalui kenaikan caj tersebut.
Sebahagian pendapatan akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan lapangan terbang seperti tandas, sistem elektrik, pendingin hawa serta keselamatan, manakala selebihnya disimpan sebagai keuntungan terkumpul bagi membiayai projek baharu tanpa kebergantungan kepada pinjaman luar.
Menurut Paweena, kajian antarabangsa menunjukkan PSC bukan faktor utama dalam keputusan pelancong melancong ke luar negara.
Beliau menegaskan bahawa kenaikan itu bertujuan menampung kos operasi sebenar dan memastikan standard keselamatan jangka panjang terus dipenuhi.
Cadangan kenaikan PSC tersebut telah diluluskan secara prinsip oleh Lembaga Penerbangan Awam Thailand, namun masih menunggu kelulusan akhir daripada Menteri Pengangkutan, yang juga pengerusi lembaga secara rasmi.
AOT menjangka kelulusan muktamad diperoleh sekitar Mei, selepas pilihan raya umum Thailand.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah cadangan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dicadangkan oleh Airports of Thailand (AOT) bagi penerbangan antarabangsa?
A: Airports of Thailand (AOT) mencadangkan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) bagi penerbangan antarabangsa daripada 730 baht kepada 1,120 baht, peningkatan sekitar 53%. - Q: Apakah lapangan terbang utama di Thailand yang terlibat dengan kenaikan caj PSC yang dicadangkan?
A: Kenaikan caj PSC yang dicadangkan oleh AOT melibatkan enam lapangan terbang utama negara iaitu Suvarnabhumi, Don Mueang, Phuket, Hat Yai, Chiang Mai, dan Chiang Rai. - Q: Apakah tujuan utama kenaikan caj PSC yang dicadangkan oleh AOT?
A: Kenaikan caj PSC bertujuan untuk menampung kos operasi sebenar dan memastikan standard keselamatan jangka panjang terus dipenuhi, serta untuk menyumbang kepada hasil tambahan AOT melebihi 10 bilion baht setahun.