DUNIA
Apa yang berlaku di Gaza “tidak dapat diterima” - Canselor Jerman
Sejumlah rakyat Palestin menunaikan solat jenazah ke atas mangsa kekejaman Zionis yang maut dalam serangan udara Israel, baru-baru ini.
BERLIN: Canselor Jerman, Friedrich Merz pada Jumaat meneruskan kritikan terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza dan menyeru gencatan senjata segera serta lebih banyak bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu sidang media di Berlin, Merz menyuarakan kebimbangan mengenai situasi di Gaza dan berkata beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Eropah mengenai cara untuk mencapai gencatan senjata dan memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan.
"Tindakan di Semenanjung Gaza tidak lagi boleh diterima oleh kami," kata pemimpin Parti Konservatif itu.
"Kami menuntut, pertamanya, gencatan senjata di sana dan kedua, bantuan kemanusiaan yang menyeluruh untuk rakyat di wilayah itu," katanya.
Merz berkata, beliau menyuarakan kebimbangan ini semasa perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menegaskan akan meneruskan usaha diplomatik untuk menangani situasi itu.
"Saya membincangkan perkara ini semalam dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer di London. Saya akan mengetengahkan isu ini sekali lagi minggu depan apabila Presiden Perancis Emmanuel Macron, melawat Berlin," kata Canselor itu.
Sejak Israel melancarkan kempen ketenteraan di Gaza pada 2023, hampir 59,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100,000 yang lain cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Israel kini berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ekoran tindakannya di Gaza, di mana sekurang-kurangnya 1.9 juta rakyat Palestin terus dipindahkan dan mengalami kekurangan bekalan makanan, perubatan, dan keperluan lain yang serius.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini

#israel serang gaza
#canselor jerman
#Friedrich Merz
#gencatan senjata
#Canselor Jerman kritik Israel